W. M. Bakhtiar Sport Day!
Assalamualaikum,
Pada 16 April 2016, Tadika Bakhtiar buat Sport Day. Sport Day ni Hari Sukan kalau kita-kita sekolah biasa ni panggil. Cumanya masa anak-anak sekolah sekarang ni je kena banyak berbahasa Inggeris.
Hehehe.
Macam biasa, Baktiar sebelum tidur memang semangat nak bangun pagi. Tapi bila dah tidur, dia punya liat nak bangun pun macam biasa. Hari Sport Day ni, Teacher dia minta hantar sebelum 7.30 Pagi. Jadinya kena siap awal la dia. Sebelum 7.30 Pagi dah siap, Sport Day Bakhtiar ni buat dekat sekolah lama aku. Sekolah Menengah Teknik Segamat (SMTS). Legend sekolah ni. Cuma sekarang dah tukar jadi Kolej, Kolej Vokasional Segamat (KVS).
Bakhtiar punya rumah sukan kaler Purple. Hehehe. Nama rumah sukan Saidina Umar Al-Khattab. Jadi dia punya pakaian ala Arab sikit.
 |
| Bakhtiar dengan muka biasa. |
 |
| Pandang kamera tu Bakhtiar |
 |
| Ketua Perbarisan. Kesian kecik-kecik dah bermisai. Comel aje. |
 |
| Duduk selepas perbarisan. |
 |
| Acara pertama Bakhtiar. Baling dadu, tengok perkataan apa yang dapat kemudian cari kad then lari. |
 |
| Acara Kedua. Tarik bola guna gelung. |
 |
| Bersama rakan sepasukan setelah penat bertanding. kikiki |
 |
| Penyokong setia. Tidur saja. hehe |
 |
| Ibu dan Adik |
 |
| Di Umum Juara Keseluruhan. Tahniah Bakhtiar dan rakan-rakan. |
 |
| Seronok Ibu. Papa dapat cabutan bertuah. Yeah! |
Sekian.
untung la papa. dapat cabutan bertuah sokmo
ReplyDelete