Friday, 21 December 2012

Kerjaa!!!! dan Kad Tekan!

Sape pernah kerja ada "PUNCH CARD"? hahhaha. Stress aku kerja ade punch card ni. Dulu-dulu kerja dah lebih 5 tahun rilekss tenang takde punch card. Masuk opis pukol 9.00am. Steady. Sarapan dulu sampai pukol 10.00am lepas tu baru start kerja. Tapi sekarang? hehehe. Pukul 8.30am dekat opis sudah. Mujur lah tahun depan ada rezeki pindah duduk Segamat. Jaga site sana. Hehe. Tade sape-sape nak tau aku masuk opis pukol berapa, sebab opis aku pun dalam rumah. kahkahkah.

Tapi semenjak aku kerja ade punch card ni ada baiknya. Bangun Subuh tak miss. hehe. Bangun sama macam budak sekolah. Alhamdulillah. Kerja ada punch card ni boleh jadikan kita lebih tepati masa. Katanya Bos lah. Tapi sape yang suka dengan Bos? Respect je. hahahaha.

Ada pulak lagu Allahyarham Sudiman yang tajuk dia "Punch Card" ni. Kalau dihayati liriknya memang kenelah dengan aku sekarang ni. Dan kene jugak untuk sapa-sapa yang kerja bertuankan "Kad Tekan" hahaha. So boleh dulu layan sepam dua lagu ni. Sedap jugak telinga. hehe.




p/s: Balik balik balik..hahaha

Wednesday, 12 December 2012

Bundle Kasut @ Senawang

AsSalam,

Minggu lepas terbaca paper Berita Harian masa service kereta, ada pulak cerita pasal bisness "Kasut Terpakai"yang terletak di Taman Marida, Senawang. Tepi Petronas. Klik untuk map. Nampak menarik, sebab dikhabarkan pendapatan bulanan mencecah RM15k, tolak 60% untuk pusingan modal. so 40% pendapatan bersih RM 6000. Perh!.

Jadi pada hari selepas baca paper tu, aku pun terus rasa nak singgah nak tengok macam mana keadaan sebenar bundle tersebut. Paper tersebut seperti dibawah.

Brother Rozie tokey bundle.
Gambar gambar yang lain:

Puma tu aku yang beli. kahkahkah


Vans sesuai untuk budak sekolah. hehe



Harga boleh dirunding. Kebanyakkan kasut bawah RM100. Brother tokey ni pun senang dibawa berbincang. Ramah dengan pelanggan. InsyaAllah tak lama lagi akan ada cawangan dekat Nilai dan Seremban.

p/s: Nanti senang2 nak repeat balik bundle ni. tak leh pegi kerap sangat takut stok tak update. kahkahkah.

Tuesday, 4 December 2012

Doubt? Bundle, P. Pinang..

BUNDLE! dah merata negeri aku pusing-pusing bundle, disebabkan kerja memang selalu kena travel, so ada peluanglah untuk aku merayap ke negeri-negeri orang. Bila ada masa memang akan singgah ke Bundle-bundle yang nampak menarik.

Ok DOUBT? bundle ni sebenarnya masa zaman aku belajar dekat Perlis dulu lagi. Zaman tu dok gila pegi ke Penang untuk merempit. kah kah kah. Terjerebak dengan bundle ni sebab ada rakan-rakan sebaya yang duk belajar di USM. Bundle ini ada 3 cawangan:


  1. DOUBT? SP (Sungai Petani)
  2. DOUBT? PERAI
  3. DOUBT? PENANG

Aku bawak member baik Kimi aku datang sini dia sendiri pun terkejut dengan design dan harga yang sangat-sangat berpatutan. So kami borong sampai RM360.00, lihat gambar-gambar..

Tu dia. Depan kedai baru

Interior design yang menarik

Barang baik!

Price Tag.

Baju-baju Anime

Adidas Raincoat


DOUBT? dari zaman aku belajar sampai sekarang memang tak pernah mengecewakan. Tahniah!

psstt...Terasa macam nak jadi tokey bundle pun ada. kah kah kah.

Kedah dan Laksa!

AsSalam..

Sebenarnya pegi Kedah dan Peneng ni atas alasan kerja, bukan plan melancong. Tapi dah alang-alang menyelok pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Maksud dia kalau kita nak ambil ikan pekasam dalam balang yang dalam, hujung jari dah terkena air pekasam alang-alang biar sampai siku baru la kerja nampak bersungguh. kah kah kah.

Ok, back to the story. Pi Kedah ni sebenaqnya mengungkit kisah lama. Maklum lah aku dulu belajar di Utara. So kat sana banyak kenangan. Maka banyak tempat la yang nak pi. Nak pi makan laksa, nak pi bundle, nak pi tengok sawah dan tak lupa juga nak pi tengok Tok aku yang ada dekat Kodiang. Perh! kenangan silam menggamit memorii. Indah sungguh Kedah negeri jelapang padi. 



Kalau pi kedah tak kena laksa memang tak sah! so aku cadangkan sapa pi kedah boleh pi try "Laksa Ikan Sekoq" dekat jalan Mergong. Memang ada ikan "Pelaling" sekoq! Perh! habaq hang. Lepas tu yang bestnya, kalau sedap dan hangpa rasa tak cukup boleh tambah! for FREE mannnn! that very nice!

pssstt.. dengaq cerita kedai ni masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

The King of Laksa

Laksa Ikan Sekoq


Assalamualaikum..

Inilah pertama kali aku menulis blog. kah kah kah. Sebenarnya tak tau apa yang nak ditulis. Tujuan blog ini wujud pun sebenarnya atas alasan aku ingin "memorikan" apa yang berlaku, apa yang dilalui sepanjang kehidupan ini untuk tatapan aku pada masa akan datang. Selain itu, mungkin juga perjalanan ini boleh dikongsikan dengan semua untuk manfaat bersama :)

Sila follow saya. Boleh macam tu?

Sekian.
chek.