Monday, 18 April 2016

Sukan

W. M. Bakhtiar Sport Day!


Assalamualaikum,

Pada 16 April 2016, Tadika Bakhtiar buat Sport Day. Sport Day ni Hari Sukan kalau kita-kita sekolah biasa ni panggil. Cumanya masa anak-anak sekolah sekarang ni je kena banyak berbahasa Inggeris.

Hehehe.

Macam biasa, Baktiar sebelum tidur memang semangat nak bangun pagi. Tapi bila dah tidur, dia punya liat nak bangun pun macam biasa. Hari Sport Day ni, Teacher dia minta hantar sebelum 7.30 Pagi. Jadinya kena siap awal la dia. Sebelum 7.30 Pagi dah siap, Sport Day Bakhtiar ni buat dekat sekolah lama aku. Sekolah Menengah Teknik Segamat (SMTS). Legend sekolah ni. Cuma sekarang dah tukar jadi Kolej, Kolej Vokasional Segamat (KVS).

Bakhtiar punya rumah sukan kaler Purple. Hehehe. Nama rumah sukan Saidina Umar Al-Khattab. Jadi dia punya pakaian ala Arab sikit.

Bakhtiar dengan muka biasa.

Pandang kamera tu Bakhtiar

Ketua Perbarisan. Kesian kecik-kecik dah bermisai. Comel aje.

Duduk selepas perbarisan.

Acara pertama Bakhtiar. Baling dadu, tengok perkataan apa yang dapat kemudian cari kad then lari.
Acara Kedua. Tarik bola guna gelung.
Bersama rakan sepasukan setelah penat bertanding. kikiki
Penyokong setia. Tidur saja. hehe
Ibu dan Adik

Di Umum Juara Keseluruhan. Tahniah Bakhtiar dan rakan-rakan.
Seronok Ibu. Papa dapat cabutan bertuah. Yeah!

Sekian.

Monday, 4 April 2016

Botok Botok

Salam.

Hari ini ke kedai Izi Mart, kedai yang jual ikan dan sayur kawasan IOI Segamat ni. Kedai orang Melayu. Harga berpatutan dan ikan-ikan pun segar. Nampak pulak ikan Kembong memanggil manggil. Sekilo RM14.00. Aku beli dalam 5 ekor. Ikan segar segar macam ni buat botok botok sesuai ni.
Resepi ni dari Mak Mertua, kebetulan memang ada dekat rumah aku. Menjaga cucu, si Saffiya. Jadi aku pun mencedok resepi botok botok ni dengan jayanya.
Show bergambar dibawah.

Bahan Bahan:-
1) 5 ekor ikan kembong
2) 3 ulas bawang merah
3) 3 ulas bawang putih
4) 1" halia
5) 3 batang serai
6) 1 s/b serbuk kari
7) 1s/b kerisik
8) Air asam jawa
9) 3 Sudu Cili kisar
10) Garam gula dan ajinomoto secukup rasa

Cara Cara:-
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan serai.


 2) Hari ini cuma ada 3 jenis ulam saje. Kangkong Paya, Selom dan Pegaga.


Daun Kunyit untuk lapik bawah ikan, boleh juga bungkus guna daun pisang.

Tumis bahan tumbuk.

Masukkan lada kisar dan kerisik.

Perasakan dengan garam, guna dan ajinomoto.

Susun daun kunyit bawah sekali.

Ulam ulam stage pertama.

letak ikan dan sambal sekali, lapik lagi dengan ulam.

Siap. Gambar dah abis makan pun sebenarnya. Hehe.