Wan Muhammad Bakhtiar memang suka sangat dengan haiwan-haiwan. Dekat rumah pun dia selalu menonton Nat Geo Wild channel 550 versi Bahasa Malaysia. Jadi, selepas Ibu bersalinkan adiknya Wan Nur Saffiya aku memang dah berjanji nak bawa dia ke Zoo.
Zoo Melaka dah macam biasa sangat. Dah berkali-kali dah masuk, dari zaman dia baru berjalan sampai dah boleh berlari. Asyik-asyik ke Zoo Melaka. Zoo Negara seingat aku belum pernah kitorang anak beranak jejak ke sana. Mungkin satu hari nantilah.
Perjalanan ke Zoo Johor takdalah susah sangat. Tuju je ke Danga Bay/Pantai Lido terus je ke depan sikit selepas Masjid Sultan Abu Bakar adalah simpang ke Zoo Johor. Mudah benor.
Bayaran seperti berikut:-
Tiket:
- Dewasa - RM2.00
- Kanak-Kanak - RM2.00
Lain-lain:-
- Kangkung sebakul - RM2.00
- Naik Kuda Padi - RM6.00
- Naik Bot Kayuh - RM5.00 (15 minit)
Boleh layan gambar di bawah:-
Bergambar di pintu masuk Zoo.
Ibu, Bakhtiar dan Saffiya.
Kaunter bayaran
Kena paksa bergambar. Nanti keluar boleh beli kalau nak, kami tak beli pun.
Penyambut tetamu.
Ibu tak banyak berjalan, layankan Saffiya bawah pokok aje.
Bakhtiar dan Burung Kakak Tua.
Ibu dan Saffiya.
Jalan-jalan dalam Zoo. Kemas dan bersih.
Burung Kasawari.
Badak Air. Makan saja.
Buaya.
Seladang.
Ini jalan ke tempat Rusa.
Boleh bagi rusa makan. Sebakul kangkung tu RM2.00.
Rusa.
Bagi Rusa makan kangkong.
Banyak Rusa lapo.
Gaya senyuman Bakhtiar.
Naik Kura-Kura gergasi.
Bagi Unta makan kangkong.
Rilek je dia, tak takut pun.
Naik Kuda Padi.
Cowboy.
Kuda berenti berak kejap.
Show time.
Pakai Life Jacket sebelum naik Bot Kayuh.
Papa dan Bakhtiar.
Papa dan Saffiya.
Sekian. That all for Zoo Johor.




































