Minggu lepas terbaca paper Berita Harian masa service kereta, ada pulak cerita pasal bisness "Kasut Terpakai"yang terletak di Taman Marida, Senawang. Tepi Petronas. Klik untuk map. Nampak menarik, sebab dikhabarkan pendapatan bulanan mencecah RM15k, tolak 60% untuk pusingan modal. so 40% pendapatan bersih RM 6000. Perh!.
Jadi pada hari selepas baca paper tu, aku pun terus rasa nak singgah nak tengok macam mana keadaan sebenar bundle tersebut. Paper tersebut seperti dibawah.
![]() |
| Brother Rozie tokey bundle. |
![]() |
| Puma tu aku yang beli. kahkahkah |
![]() |
| Vans sesuai untuk budak sekolah. hehe |
Harga boleh dirunding. Kebanyakkan kasut bawah RM100. Brother tokey ni pun senang dibawa berbincang. Ramah dengan pelanggan. InsyaAllah tak lama lagi akan ada cawangan dekat Nilai dan Seremban.
p/s: Nanti senang2 nak repeat balik bundle ni. tak leh pegi kerap sangat takut stok tak update. kahkahkah.






No comments:
Post a Comment