Showing posts with label JalanJalan. Show all posts
Showing posts with label JalanJalan. Show all posts

Saturday, 7 May 2016

Jalan-Jalan naik Keretapi.

Si Bakhtiar ni memang suka betul dia dengan keretapi. Lagi lagi dengan pengaruh Thomas n Friends. Kalau balik Taman Intan, Kluang Si Bakhtiar memang akan mengajak ke Stesen Keretapi Kluang. Kalau dekat sana siap ajak naik keretapi yang berhenti lagi. Naik pusing satu gerabak then turun balik.

Jadi minggu semasa melawat Abang Ipar dapat baby baru dekat Klang, Selangor. Aku pun ambik peluang bawak Bakhtiar jalan-jalan naik Komuter. Bakhtiar panggil "High Speed Train". Seingat aku dia boleh kenal kepala kepala keretapi ni. Macam Locomotif, Express, High Speed Train, Inter City Train. Semua dia belajar dari YouTube. Hehehe.

Kitorang naik dekat Padang Jawa, Shah Alam sampai ke Pelabuhan Klang, Stesen terakhir. Kemudian beli air dan naik balik train yang sama ke Padang Jawa. Hehe. Jadila nakkk.. Kita bukan asal orang bandar. hehe.

Ada gambar sikit dengan kepala Komuter. Hehe.

Bukan pandai tengok kamera dia nih. hehe

Gaya mana gaya.


Sunday, 27 March 2016

Jalan-Jalan ke Zoo JOHOR.

Zoo Johor.

Wan Muhammad Bakhtiar memang suka sangat dengan haiwan-haiwan. Dekat rumah pun dia selalu menonton Nat Geo Wild channel 550 versi Bahasa Malaysia. Jadi, selepas Ibu bersalinkan adiknya Wan Nur Saffiya aku memang dah berjanji nak bawa dia ke Zoo. 

Zoo Melaka dah macam biasa sangat. Dah berkali-kali dah masuk, dari zaman dia baru berjalan sampai dah boleh berlari. Asyik-asyik ke Zoo Melaka. Zoo Negara seingat aku belum pernah kitorang anak beranak jejak ke sana. Mungkin satu hari nantilah.

Perjalanan ke Zoo Johor takdalah susah sangat. Tuju je ke Danga Bay/Pantai Lido terus je ke depan sikit selepas Masjid Sultan Abu Bakar adalah simpang ke Zoo Johor. Mudah benor.

Bayaran seperti berikut:-

Tiket: 
  1. Dewasa - RM2.00
  2. Kanak-Kanak - RM2.00
Lain-lain:-

  1. Kangkung sebakul - RM2.00
  2. Naik Kuda Padi - RM6.00
  3. Naik Bot Kayuh - RM5.00 (15 minit)


Boleh layan gambar di bawah:-

Bergambar di pintu masuk Zoo.

Ibu, Bakhtiar dan Saffiya.

Kaunter bayaran

Kena paksa bergambar. Nanti keluar boleh beli kalau nak, kami tak beli pun.

Penyambut tetamu.

Ibu tak banyak berjalan, layankan Saffiya bawah pokok aje.

Bakhtiar dan Burung Kakak Tua.

Ibu dan Saffiya.

Jalan-jalan dalam Zoo. Kemas dan bersih.

Burung Kasawari.

Badak Air. Makan saja.

Buaya.

Seladang.

Ini jalan ke tempat Rusa. 


Boleh bagi rusa makan. Sebakul kangkung tu RM2.00.

Rusa.

Bagi Rusa makan kangkong.


Banyak Rusa lapo.

Gaya senyuman Bakhtiar.

Naik Kura-Kura gergasi.

Bagi Unta makan kangkong.



Rilek je dia, tak takut pun.


Naik Kuda Padi.

Cowboy.

Kuda berenti berak kejap.

Show time.


Pakai Life Jacket sebelum naik Bot Kayuh.



Papa dan Bakhtiar.


Papa dan Saffiya.

Sekian. That all for Zoo Johor.



Tuesday, 4 December 2012

Kedah dan Laksa!

AsSalam..

Sebenarnya pegi Kedah dan Peneng ni atas alasan kerja, bukan plan melancong. Tapi dah alang-alang menyelok pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Maksud dia kalau kita nak ambil ikan pekasam dalam balang yang dalam, hujung jari dah terkena air pekasam alang-alang biar sampai siku baru la kerja nampak bersungguh. kah kah kah.

Ok, back to the story. Pi Kedah ni sebenaqnya mengungkit kisah lama. Maklum lah aku dulu belajar di Utara. So kat sana banyak kenangan. Maka banyak tempat la yang nak pi. Nak pi makan laksa, nak pi bundle, nak pi tengok sawah dan tak lupa juga nak pi tengok Tok aku yang ada dekat Kodiang. Perh! kenangan silam menggamit memorii. Indah sungguh Kedah negeri jelapang padi. 



Kalau pi kedah tak kena laksa memang tak sah! so aku cadangkan sapa pi kedah boleh pi try "Laksa Ikan Sekoq" dekat jalan Mergong. Memang ada ikan "Pelaling" sekoq! Perh! habaq hang. Lepas tu yang bestnya, kalau sedap dan hangpa rasa tak cukup boleh tambah! for FREE mannnn! that very nice!

pssstt.. dengaq cerita kedai ni masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

The King of Laksa

Laksa Ikan Sekoq